Roti Pita
Roti pita sering kelihatan dijual di
kedai-kedai, terutamanya di pasar malam. Menu ringkas yang didatangkan dengan
roti pita ayam atau daging cukup menyelerakan. Jom belajar resepi roti pita
dengan daging.
Bahan-bahan ( 2-3 orang )
- 3 ulas bawang putih dipotong kecil
- 1 bawang besar dipotong kecil
- 4 cendawan (dalam tin) dipotong kecil
- 200g daging (atau ayam) kisar
- 3 sudu besar Sos BBQ Heinz
- 2 sudu besar Sos Tomato
- 1/2 sudu besar gula
- 2 sudu besar air
- Cabbage dan tomato (yang dihiris kecil-kecil)
- Serbuk lada secukup rasa
- 4 roti pita
Cara-cara
- Potong bawang putih, bawang besar dan cendawan kecil-kecil.
- Panaskan sedikit minyak atau mentega dalam kuali dan tumis
bawang putih dan bawang besar. Masukkan cendawan.
- Selepas goreng seketika, masukkan daging kisar dan goreng
sehingga masak. Daging akan bertukar menjadi warna kelabu.
- Masukkan sos BBQ, sos tomato dan air. Goreng sehingga sebati.
- Potong roti pita kepada dua. Potong tengahnya. Sapukan mentega
pada bahagian dalam roti pita tersebut.
- Masukkan daging dan sayur ke dalam roti pita tersebut. Pastikan
tak mengoyak roti pita itu.
- Bakar di dalam oven kecil selama 10-15 minit sehingga ia
rangup.
Melayukini.net – Sayur lain seperti lobak boleh digoreng bersama daging
tersebut. Tetapi harus dipotong kecil. Keju juga boleh diletakkan untuk
menjadikannya lebih sedap.
No comments:
Post a Comment