Monday, 2 December 2013

Kenangan 2013




Pada 15hb. November, 2013 maka berakhirlah sessi persekolahan pada tahun ini. Sayu rasanya hati ini      untuk berpisah dengan kanak-kanak yang keletah  dengan perlbagai peragai mereka.  Kadang-kadang mendatangkan kemarahan, gelihati, gembira dan pelbagai lagi perangai yang mengimbau banyak kenagan. Semoga mereka ini mengingati segala pesanan dan tunjuk ajar yang telah dicurahkan kepada mereka sepanjang masa persekolahan.

Monday, 25 November 2013

Senarai Tabika

Tabika Sg Chenain
Tabika Kemas Kg Sahom
Melastik Bintang
Tabika Kemas Nor
Tabika Nana
Tabika Bandar Baru Putra

salam pengenalan

Salam Pengenalan

 

Tabika KEMAS Taman Chepor Raya telah ditubuhkan pada tahun 2006 dengan bilangan kanak-kanaknya seramai  36 orang yang datang dari penduduk disekitar taman ini.  Taman yang berhampiran ialah Taman Mas dan Taman Chepor Jaya.  Tenaga pengajar pada masa itu ialah hanya seorang sahaja dan dibantu oleh seorang pembantu sukarela.  Walaubagaimanapun pengajaran dapat disampaikan kepada sebahagian besar kanak-kanaknya.  Sekarang setelah hampir 8 tahun bilangan gurunya adalah seramai dua orang dan dibantu pula oleh dua orang Pembantu.


Tabika KEMAS Taman Chepor Raya terletak dilokasi yang berhampiran dengan Pusat Membeli Belah Mydin, Terminal Bas Aman Jaya dan dilaluan Lebuhraya yang memudahkan  perjalanan  kemana sahaja.

Tabika ini Terletak didalam kawasan perumahan yang aman damai dan di kawasan kejiranan yang mesra dan saling tolong menolong. Persekitaran yang sebegini memang sesuai untuk pertumbuhan minda kanak-kanak yang merangkumi JERIS.

Kanak-kanak yang bersekolah disini didedahkan dengan perlbagai bidang pengalaman supaya dapat menambah pengetahuan mereka dan meningkatkan pertumbuhan menyeluruh kanak-kanak.