Salam Pengenalan
Tabika KEMAS Taman Chepor Raya telah ditubuhkan pada tahun 2006 dengan bilangan kanak-kanaknya seramai 36 orang yang datang dari penduduk disekitar taman ini. Taman yang berhampiran ialah Taman Mas dan Taman Chepor Jaya. Tenaga pengajar pada masa itu ialah hanya seorang sahaja dan dibantu oleh seorang pembantu sukarela. Walaubagaimanapun pengajaran dapat disampaikan kepada sebahagian besar kanak-kanaknya. Sekarang setelah hampir 8 tahun bilangan gurunya adalah seramai dua orang dan dibantu pula oleh dua orang Pembantu.
Tabika KEMAS Taman Chepor Raya terletak dilokasi yang berhampiran dengan Pusat Membeli Belah Mydin, Terminal Bas Aman Jaya dan dilaluan Lebuhraya yang memudahkan perjalanan kemana sahaja.
Tabika ini Terletak didalam kawasan perumahan yang aman damai dan di kawasan kejiranan yang mesra dan saling tolong menolong. Persekitaran yang sebegini memang sesuai untuk pertumbuhan minda kanak-kanak yang merangkumi JERIS.
No comments:
Post a Comment